Muis Picho

Haji Abdul Muis Picho (lahir 20 Julai 1957) adalah seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sebatik dari 2008 hingga 2020.Lahir di Kampung Bombalai, Tawau pada 1957, Muis pernah menuntut di SRK Bombalai, SMK Abaka dan SMK Holy Trinity.[1] Beliau kemudian belajar kejuruteraan automotif di Institut Teknologi Persekutuan.[1] Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat sebagai CEO di Ladang Ternakan Manuk Maridari 1984 hingga 1993.[1]Beliau pernah seorang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak 1990-an dan memegang pelbagai jawatan dalam parti.[1] Beliau dipilih sebagai ADUN Sebatik pada pilihan raya 2008[1] dan dipilih semula pada 2013 dan pada 2018. Sesudah PRN 2018, beliau keluar dari UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk memberi sokongan kepada Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri baru.[2][3]Pada 29 Julai 2020, dilaporkan beliau salah seorang ADUN WARISAN-PH-UPKO menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri baru.[4][5] Biarpun Musa mengakui beliau telah mendapat sokongan yang cukup (33/65) membentuk kerajaan baharu, Shafie meminta Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN dan mengadakan PRN awal.[6] Muis lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)[7] dan bertanding semula untuk Sebatik semula, namun dikalahkan oleh calon WARISAN, Hassan A. Gani Pg. Amir.[8]Beliau mengahwini Hajjah Hanawiah binti Paressa dan dikurniakan 12 cahaya mata.[1]